Selasa, 8 Oktober 2019

BANTUAN BACK TO SCHOOL (BTS)


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah
(Seperti lampiran)


Tuan,

KERJASAMA YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM) & PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) BAGI PELAKSANAAN SUMBANGAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN “BACK TO SCHOOL” (BTS) YPM TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk :-

2.         Sukacitanya dimaklumkan bahawa Yayasan Pelajaran Mara akan memberi sumbangan untuk Program Kembali ke Sekolah untuk tahun 2019 untuk miskin tegar/miskin/B40.

3.         Sekolah-sekolah di Daerah Perak tengah terlibat dalam program tersebut. Dimohon pihak tuan untuk memuat turun lampiran1 dan borang senarai nama peserta yang layak dari sekolah tuan di BAWAH. Tuan di mohon untuk mengisi borang tersebut dan email softcopy kepada bantuanppdpet@gmail.com dan hantar hardcopy yang telah disahkan pada atau sebelum 18 Oktober 2019. Tuan dimohon untuk memilih murid miskin tegar/miskin/B40 yang layak untuk diberi sumbangan tersebut.

4.         Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohamad Ikmal bin Abd Rashid , (Penolong PPD Bimbingan dan kaunseling)  di talian 013-2001520 atau 05-3711273.
   
                                                    
Sekian, Terima Kasih.



‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’

     Saya yang menjalankan amanah,



1. lampiran SURAT ARAHAN
2. Lampiran senarai jumlah penerima
3. Borang senarai nama

Tiada ulasan: