Isnin, 11 Mac 2013

Kebakaran Rumah Encik Mohd Basri b Baharom

Malang tidak berbau. Kebakaran rumah Encik Mohd Basri bin Baharom di Kampung Kubang Udang di Bekor amat menyayat hati. Keseluruhan rumah hangus dijilat api. Kejadian berlaku pada hari Ahad 10 Mac 2013 jam 8.45 pagi. Semasa kejadian Encik Mohd Basri dan isteri serta anaknya yang berumur 9 tahun berada di Pekan Parit. Adik Nurhafizah yang berumur 11 tahun menyedari kejadian tersebut lalu memanggil adiknya yang berumur 7 tahun yang ketika itu berada di dalam rumah. Adik Nurhafizah sempat memberitahu bapanya melalui panggilan telefon. Anak Encik Mohd Basri yang bersekolah di SMK Iskandar Shah tinggal di asrama. Encik Mohd Basri, isteri dan lima orang anaknya tinggal sehelai sepinggang. Keadaan bertambah malang lagi kerana kesemua anak-anaknya masih bersekolah. Tiga orang di SK Chopin dan dua orang lagi di SMK Iskandar Shah.
Mohamed Shahrul Nizam b. Mohd Basri Tahun 1 di SK Chopin
Mohamed Syafiq b. Mohd Basri Tahun 1 di SK Chopin
Nurhafizah bt. Mohd Basri Tahun 1 di SK Chopin
Norliyana bt. Mohd Basri Tingkatan 1 di SMK Iskandar Shah
Mohamed Syarafudin b. Mohd Basri Tingkatan 3 di SMK Iskandar Shah
Bantuan
Kepada pihak yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah dibuat melalui :
1. Encik Mohd Basri bin Baharom
    Telefon bimbit : 017-9488321
2. Puan Hajah Rosnah bt Omar (Guru Besar SK Chopin)
    Telefon bimbit : 012-5308670
    Sekolah : 05-2563196
3. Puan Rohani bt Ali (Pengetua SMK Iskandar Shah)
   Telefon bimbit : 013-5253160
    Sekolah : 05-3771228
















1 ulasan:

ahmad humairi berkata...

Moga diberikan Allah kekuatan - sabar dan tabah menghadapi ujian ini.