Jumaat, 8 Mac 2013

PEMANTAUAN KHAS BUKU TEKS SPBT BAHAGIAN BUKU TEKS (BBT) SELURUH NEGARA

TINDAKAN DAN PERHATIAN
Pengetua dan Guru Besar
Semua Sekolah Menengah
Semua Sekolah Rendah

Tuan,
PEMANTAUAN KHAS BUKU TEKS SPBT BAHAGIAN BUKU TEKS (BBT) SELURUH NEGARA
Sukacita merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Buku Teks (BBT) akan mengadakan Pemantauan Buku Teks SPBT Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Seluruh Negara bermula 18 Mac hingga 30 April 2013.
3. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Bahagian ini memohon kerjasama dan jasa baik pihak tuan dapat menyediakan maklumat berikut:
            3.1 Sistem Fail Bilik BOSS yang lengkap dan terkini.
            3.2 Kemaskini Buku / Fail Stok Buku PPSMI dan Buku Akademik yang lain.
            3.3 Bagi sekolah yang tidak menggunakan Buku-buku PPSMI, mohon pastikan buku disimpan ditempat yang sesuai dan selamat.
            3.4 Kemaskini Bilik BOSS sekolah dengan bersih dan kemas.
Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Tiada ulasan: