Rabu, 15 Mei 2013

Pencalonan Sekolah BENCHMARK Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang 2013


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

Pencalonan Sekolah BENCHMARK Perlaksanaan Amalan Guru Penyayang 2013

Merujuk kepada perkara diatas surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Perak J.Pel.Pk. (HEM)5128/5/6 Jld.2 (19) akan memilih sekolah yang terbaik di negeri Perak untuk dijadikan BENCHMARK perlaksanaan Amalan Guru Penyayang ini.

Sehubungan itu, Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah membuka pencalonan ini kepada sekolah untuk memberi maklumbalas penyertaan sebagai sekolah BENCHMARK program Amalan Guru Penyayang ini.

Sila beri maklumbalas melalui borang yang boleh diupload daripada laman blog ini
Borang Maklumbalas Guru Penyayang Sekolah Benchmark

Tarikh akhir hantara borang adalah pada 17 Mei 2013 (Jumaat)

* Hanya sebuah sekolah menengah dan rendah akan mewakili daerah ke peringkat negeri, sekolah yang mencapai skor yang tinggi akan diberi surat penghargaan.

Tiada ulasan: