Rabu, 26 Jun 2013

Dokumentasi Program Jati Diri Peringkat Daerah Perak Tengah 2013



LAPORAN BERGAMBAR
PROGRAM JATI DIRI PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2013

Sekolah/PPD/JPN/Bahagian
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

Program/Aktiviti
Program Jati Diri Peringkat Daerah Perak Tengah

Objektif
Di akhir program pelajar celik akal :-
  1. Dapat membentuk sahsiah dan disiplin diri yang unggul dalam kalangan pelajar
  2. Dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin serta memberi fokus kepada kejayaan dalam pelajaran.
  3. Dapat meningkatkan jati diri dan keyakinan pelajar terhadap potensi diri.

Pengelola
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

Tarikh
12 Jun 2013, Rabu

Tempat
Institut Latihan KEMAS, Seri Iskandar

Bilangan Warga Pendidik Terlibat

15 orang Guru Bimbingan & Kaunseling
Sasaran
Pelajar Tingkatan Empat
40 lelaki + 40 perempuan = 80 orang murid
Personalia
1.    Penolong PPD Bimbingan & Kaunseling
2.    Guru bimbingan & Kaunseling Daerah Perak Tengah

Kos / Sumber
Kementerian Pelajaran Malaysia

Strategi Pelaksanaan
1.    Taklimat dan motivasi
2.    Latihan dalam kumpulan (LDK)
3.    Kaunseling Kelompok
4.    Refleksi
Rumusan / Penilaian
Program ini merupakan K.P.I Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan sahsiah unggul dalam kalangan murid di sekolah menengah. Dalam masa yang sama sedikit sebanyak dapat memberikan celik akal kepada pelajar bahawa diri dan kehidupan mereka adalah sangat berharga. Mereka dapat mengenal diri mereka dan menjadikan diri mereka seorang insan yang berguna. Secara keseluruhannya, program berjalan lancar seperti dirancang

Cadangan / Penambaikan
Melaksanakan aktiviti dalam kumpulan (LDK) dengan menambah aktiviti luar dewan. Di samping itu, menambahbaik modul sedia ada.

































































Tiada ulasan: