Khamis, 27 Jun 2013

Dokumentasi Program Kembali Ke Sekolah 2013

Sekolah/PPD/JPN/Bahagian
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

Program/Aktiviti
Program Kembali Ke Sekolah Peringkat Daerah Perak Tengah 2013

Objektif
Di akhir program pelajar celik akal :-
  1. Dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hadir ke sekolah.
  2. Dapat meningkatkan kendiri dalam diri pelajar.
  3. Dapat membantu pelajar mengenalpasti masalah dan kemahiran belajar.
  4. Meningkatkan kesedaran dan sayangi diri sendiri dalam kalangan pelajar.

Pengelola
Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah

Tarikh
19 Jun 2013, Rabu

Tempat
Pusat Kegiatan Pelajar, Lambor Kanan

Bilangan Warga Pendidik Terlibat

15 orang Guru Bimbingan & Kaunseling
Sasaran
Pelajar Tingkatan Empat
40 lelaki + 40 perempuan = 80 orang murid
Personalia
1.    Penolong PPD Bimbingan & Kaunseling
2.    Guru bimbingan & Kaunseling Daerah Perak Tengah

Kos / Sumber
Kementerian Pelajaran Malaysia

Strategi Pelaksanaan
1.    Taklimat dan motivasi
2.    Latihan dalam kumpulan (LDK)
3.    Kaunseling Kelompok
4.    Refleksi
Rumusan / Penilaian
Program ini berfokuskan untuk menarik minat murid terhadap pelajaran disamping mencungkil potensi diri dalam kalangan murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mempunyai falsafah tersendiri dalam membantu murid-murid untuk percaya pada diri dengan perubahan sikap mampu membantu mereka untuk mencapai kejayaan.
Pada keseluruhan program ini berjalan lancar walaupun terdapat perubahan tempat di saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, dengan sokongan daripada Pegawai Pelajaran Daerah Tn. Hj Mohammad Zalkornain b Jaafar yang telah menyampaikan amanat kepada para peserta program telah membuatkan para fasilitator bertambah semangat melakukan tugasan yang diberi.

Cadangan / Penambaikan
Semoga tempat program dinaiktaraf agar lebih kondusif.












































































Tiada ulasan: