Khamis, 25 Julai 2013

PROGRAM “QUEST FOR YOUNG SCIENTIST COMPETITION” ANJURAN QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY, IPOH, PERAK

Pengetua
Sekolah –Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan ,

PROGRAM “QUEST FOR YOUNG SCIENTIST COMPETITION” ANJURAN QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY, IPOH, PERAK

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa Quest International University  akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

                       Tarikh                        :  21 September 2013
                        Hari                            :  Sabtu
                       Tarikh Tutup              :  21 Ogos 2013
                                 
3.       Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid sekolah menengah Tingkatan 4, 5,dan 6 seluruh negeri Perak. Untuk makluman butiran dan borang pertandingan, pihak tuan hendaklah menghubungi pegawai di pejabat ini, Encik Ahmad Azuwan bin Ismail di talian 05-3771273 atau 013-4365511 yang sedia membantu. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
         
4.       Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Pihak tuan juga hendaklah mematuhi surat pekeliling yang sedang berkuatkuasa berkaitan dengan prosedur penglibatan guru dan murid dalam aktiviti luar bilik darjah.

Kerjasama tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: