Selasa, 3 September 2013

LAPORAN MINGGUAN KETIDAKHADIRAN MURID

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

LAPORAN MINGGUAN KETIDAKHADIRAN MURID

Perkara di atas dirujuk.

Berdasarkan taklimat HEM yang telah diadakan di SK Seri Iskandar dua minggu lepas, pihak sekolah perlu menghantar laporan sekiranya kehadiran di sekolah tersebut di bawah 90 peratus.

Bersama ini disertakan format laporan untuk digunakan oleh sekolah dan perlu dihantar setiap minggu ke PPD Perak Tengah sekiranya kehadiran murid di sekolah tuan di bawah 90 peratus. Laporan ini handaklah dihantar dalam bentuk cetakan untuk perhatian Encik Ahmad Zakuan b Hj Mohd Razi.

Sila klik pautan dibawah untuk muat turun borang :
Format Borang Laporan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Penyelia HEM, Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar ( 0135159012 ). Mohon kerjasama.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Tiada ulasan: