Jumaat, 1 November 2013

TAKLIMAT SELIA BANTU PENGURUSAN HEM KALI KETIGA TAHUN 2013

Semua Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan ,

TAKLIMAT SELIA BANTU PENGURUSAN HEM KALI KETIGA TAHUN 2013

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Taklimat akan diadakan seperti ketetapan di bawah :
Tarikh : 7 November 2013
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Tutorial SK Seri Iskandar
Bilangan Peserta : 76 orang

3. Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada Penolong Kanan HEM/Guru Kanan HEM untuk hadir ke sesi taklimat di atas.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Tiada ulasan: