Khamis, 26 Disember 2013

BAKI SUSU 1MALAYSIA DI SEKOLAH(PENTING)

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

BAKI SUSU 1MALAYSIA DI SEKOLAH(PENTING)

Tuan,

Mohon pihak sekolah maklumkan kepada PPD Perak Tengah (u.p : Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar..0135159012) jika terdapat baki susu 1Malaysia di sekolah  yang diedarkan pada Tahun 2013 di sekolah Tuan.

Baki susu itu akan dipungut oleh pihak yang akan dilantik.

Mohon pihak sekolah melaporkan dengan kadar segera untuk tindakan pihak PPD Perak Tengah selanjutnya.

Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mengeluarkan surat arahan penerimaan Program Susu 1Malaysia Tahun 2014 pada pertengahan Januari 2014. Mohon pihak sekolah jangan menerima apa-apa penghantaran Susu 1Malaysia sehinggalah diberitahu oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau PPD Perak Tengah untuk Tahun 2014.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar
Penyelia HEM PPD Perak Tengah


Tiada ulasan: