Jumaat, 24 Januari 2014

PENGURUSAN DELIVERY ORDER (DO) DAN SAP PS1M 2014

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.
(u.p : Guru Penyelaras Susu)

Tuan,

PENGURUSAN DELIVERY ORDER (DO) DAN SAP PS1M 2014

Merujuk perkara di atas.

Terdapat kesilapan teknikal yang telah diasampaikan semasa taklimat pada 20 Januari 2014.

2.  Delivery Order (DO) boleh dicop dan ditandatangani oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan juga Pembantu Tadbir.

3.  Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hanya boleh ditandatangani oleh Guru Besar dan Penolong Kanan sahaja. Jika Guru Besar atau Penolong Kanan tiada di sekolah semasa hari penghantaran susu terutama pada waktu petang, maka SAP tidak perlu diberikan kepada syarikat yang menghantar susu. SAP ditinggalkan di sekolah dan perlukan tandatangan dan cop Guru Besar atau Penolong Kanan. Setelah ditandatangani dan dicop oleh Guru Besar atau Penolong Kanan, pihak sekolah boleh menghubungi Pegawai Perhubungan PS1M iaitu Encik Riduan untuk mengambil SAP yang telah lengkap ditandatangani. 1 salinan simpanan sekolah dan 1 salinan untuk pihak pembekal.

4.  Sebarang keraguan boleh bertanya kepada Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar, Penyelia HEM di talian 0135159012.

Harap ambil tindakan sewajarnya.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar

Penyelia HEM PPD Perak Tengah

Tiada ulasan: