Rabu, 22 Januari 2014
SISTEM KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA 2014/2015
20 JANUARI 2014 HINGGA 7 APRIL 2014 - Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi Akademik 2014/2015...Setiap pemohon diberi peluang kemaskini permohonan sebanyak 3 KALI SAHAJA, sila gunakan sebaiknya. Bagi calon lepasan SPM, STPM & STAM 2013 anda digalakkan melengkapkan permohonan dahulu dan mengemaskini semula permohonan selepas keputusan peperiksaan diumumkan... Di bawah diberikan sedikit maklumat yang sering ditanya oleh pemohon, harap dpt membantu anda. Semoga Berjaya! Pembeliaan no. unik ID di BSN : 7 JANUARI 2014 HINGGA 20 APRIL 2014 (Jika calon telah membeli no.unik id tetapi telah hilang no. tersebut anda perlu membeli semula di kaunter BSN) Lepasan SPM/SKM/Setaraf : RM10.60 Lepasan STPM/Setaraf : RM15.60 Kemasukan adalah pada : lepasan SPM/Setaraf - Jun 2014 lepasan STPM/Setaraf - September 2014 Permohohan melalui :https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu/ Kategori Permohonan : LEPASAN STPM/SETARAF ----------------------------------- Kategori A – STPM 2013 aliran Sastera Kategori S – STPM 2013 aliran Sains Kategori P,N,U,L,K,J - Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM Sesi 2013/2014 Kategori T - STAM tahun 2013 atau 2012 sahaja Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori E, F) --------------------------------------------------- Kategori E - Aliran Sastera Kategori F - Aliran Sains • Lulusan STP/HSC/STPM tahun 2012 atau sebelumnya; atau • Lulusan Matrikulasi/Asasi tahun 2012 atau sebelumnya; atau • Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya; • Lulusan Diploma dari IPTA/ Politeknik/ DKM/ IPTS; • Lulusan Sekolah Sukan Malaysia; • Kelayakan A-Level, IBD, AUSMAT, UEC dan sebagainya. • Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA LEPASAN SPM/Setaraf ------------------------------- Kategori A - Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2013 sahaja. Kategori B - Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2011 atau 2012. Kategori C - Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2010 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA. Kategori D - Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013. *Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT. *Pemohon bertaraf Bukan Warganegara memohon terus ke IPTA. **Untuk bantuan lanjut mengenai borang permohonan boleh rujuk Manual Pengguna di bawah :
Lepasan SPM/Setaraf :
Klik di sini
Lepasan STPM/Setaraf :
Klik di sini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan