Selasa, 4 Februari 2014

AGIHAN PERUNTUKAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) – PEMBAYARAN FASA PERTAMA 2014

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

AGIHAN PERUNTUKAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) – PEMBAYARAN FASA PERTAMA 2014

Sukacita saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Mohon pihak sekolah menyemak bilangan murid yang diberikan RMT dari Tahun 1 hingga Tahun 6, Pendidikan Khas dan juga murid cicir. Pastikan bilangan murid yang diberi RMT sama atau kurang daripada lampiran yang diberikan. Sekiranya bilangan murid yang diberi RMT lebih bilangan daripada lampiran yang dihantar, perlulah dimaklumkan kepada Penyelia HEM untuk dibuat Pelarasan ketika Pembayaran RMT Fasa 2.

3. Diminta pihak sekolah menghantar maklumat senarai nama peserta RMT sebelum 12 Februari 2014 dalam bentuk :
  1. Softcopy ke rmtperaktengah@gmail.com
  2. Cetakan ke PPD Perak Tengah (u.p : Penyelia HEM)

4.  Klik pautan di bawah untuk menyemak jumlah peruntukan yang diterima oleh setiap sekolah.
Lampiran 1

Lampiran 2

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

NURSYAHRI FAIZAL B AHMAD MOKHTAR

Penyelia HEM,

Tiada ulasan: