Rabu, 5 Mac 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua Pengetua sekolah-sekolah daerah Perak Tengah.

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA "SUARA RIMBA" SEKOLAH MENENGAH ANJURAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK.
Merujuk kepada perkara di atas,dimaklumkan jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menganjurkan program tersebut seperti ketentuan berikut:

Tarikh : 22 Mac 2014(Sabtu)
Hari : Sabtu
Tempat: Dewan Bankuet, Aras Bawah, Jabatan Perhutanan Negeri Perak,
Bandar Meru Jaya, Ipoh
Masa : 9.00 pagi


Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan agar dapat mewar-warkan kepada Guru sekolah tuan untuk menyertai pertandingan tersebut. Tarikh tutup pertandingan adalah 07 Mac 2014. Semua implikasi kewangan tidak ditanggung oleh Jabatan Pendidikan Perak dan Jabatan Pendidiakan Daerah. Pihak sekolah juga diminta mematuhi surat pekeliling berkaitan dengan urusan penglibatan murid dan guru dalam aktiviti luar bilik darjah.

Sebarang pertanyaan hubungi En.Ahmad Azuwan b Ismail (Pen PPD KoKurikulum Akademik Men) 013-4365511 atau urusetia program, Cik Rosaizah binti Abd Rahman di talian 017-3009758.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: