Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.
Tuan,
PERINGATAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI
DI SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BPSH-SPKIA)701/07(19)
bertarikh 10Julai 2014 adalah berkaitan.
2. Kebelakangan ini, negara kita mengalami peningkatan yang mendadak
penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri
Perak memandang serius penyakit ini walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh
pihak sekolah.
3. Walau bagaimanapun dengan bertambahnya bilangan kes yang berlaku,
pihak sekolah perlu memberi perhatian dan mengambil tindakan yang lebih serius lagi
bagi membendung penyakit ini.
4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dipohon mengambil tindakan
seperti berikut,
4.1. MenubuhkanJawatankuasa PengurusanPendidikan Pencegahan Denggi
Peringkat Sekolah.
4.2 Mengadakan Perhimpunan Khas Pendidikan Pencegahan Denggi
pada 21 Julai 2014 (lsnin). Selepas perhimpunan tersebut, aktiviti Cari dan Musnah
boleh dilaksanakan semasa waktu P d P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
4.3 Melaksanakan aktiviti Cari dan Musnah tempat berisiko pembiakan
nyamuk aedes pada 25 Julai 2014 dengan meletakkan ubat pembunuh jentik-jentik(abate)
di tempat pembiakan nyamuk.
4.4 Pihak sekolah hendaklah menghantar semua laporan aktiviti
Pendidikan dan Pencegahan Denggi ke PPD Perak Tengah ( u.p : Unit HEM ).
5. Di dalam usaha melaksanakan aktiviti membendung pembiakan
nyamuk aedes, pihak sekolah boleh merujuk Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan
Denggi Di Sekolah dan Surat Pekeliling lkhtisas Bil.2/1992.
Sila klik pautan di bawah untuk muat turun surat daripada
JPN Perak
Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan, terima kasih.
Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,
Penyelia HEM, PPD Perak Tengah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan