Jumaat, 1 Ogos 2014

PEMBETULAN SENARAI NAMA DAN MAKLUMAT MURID eDAMAK

1.    Guru Besar SK Sungai Galah
2.    Guru Besar SK Suak Padi
3.    Guru Besar SK Chenderong Kelubi
4.    Guru Besar SK Sungai Perak
5.    Guru Besar SK Iskandar Perdana
6.    Guru Besar SK Iskandar Shah
7.    Guru Besar SJK(C) Chung Hwa
8.    Pengetua SMK Seri Iskandar
9.    Pengetua SMK Iskandar Shah
.
Tuan,

PEMBETULAN SENARAI NAMA DAN MAKLUMAT MURID DALAM SENARAI DATA eDAMAK BAGI BANTUAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengumpul data mengenai kekeliruan yang berlaku dalam senarai data penerima KWAPM eDAMAK yang dihantar melalui surat daripada PPD Perak Tengah PPD.PET.630-13 (32) bertarikh 17 Julai 2014.

3.       Pihak PPD Perak Tengah telah dimaklumkan terdapat beberapa buah sekolah Orang Asli membuat aduan berkaitan pelbagai masalah yang dihadapi dengan senarai nama penerima (murid layak) bantuan KWAPM eDAMAK (Orang Asli) Tahun 2014. Antara  masalah yang dimaklumkan adalah :
a)  Nama penerima bantuan KWAPM eDAMAK merupakan murid Orang Asli   
     yang bersekolah di sekolah lain. (nama telah bercampur-aduk dengan   
     sekolah lain)
b)  Status kemiskinan penjaga adik beradik yang sama (penerima bantuan)
     adalah berlainan (Adik = Miskin Tegar , manakala Kakak = Miskin)
c) Terdapat murid tercicir daripada permohanan asal sekolah yang
     dikemukakan kepada JAKOA Daerah/Negeri.

4.       Sehubungan dengan itu pihak sekolah dimohon untuk melengkapkan :
  1. Borang Format Aduan Senarai Penerima KWAPM eDAMAK Bermasalah
  2. Borang Rumusan KWAPM SPK Bil5. 2012
5.       Borang boleh dimuat turun dari pautan di bawah :
i. Borang Format Aduan Senarai Penerima KWAPM eDAMAK Bermasalah https://drive.google.com/file/d/0B02XJt6GqvpRUEF3ZmJnd0pGTEU/edit?usp=sharing

6.       Kesemua maklumat perlu di hantar pada atau sebelum 8 Januari 2014 :
  1. Soft copy emelkan ke hemperaktengah@gmail.com
  2. Cetakan kepada Penyelia HEM 

7.       Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar di talian 013-5159012.

Sekian,

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,

Penyelia HEM, PPD Perak Tengah

1 ulasan:

ahmad humairi berkata...

Senarai penerima saya belum terima lagi....tidak pasti maklumat mana yang tersalah...