Isnin, 11 Ogos 2014

PENGHANTARAN MAKLUMAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH RENDAH DAH SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2014

Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

PENGHANTARAN MAKLUMAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH RENDAH DAH SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2014

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengumpul maklumat berkenaan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah tuan. Arahan penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah dan panduan boleh didapati daripada surat Kementerian Pelajaran Malaysia     KP(BS-DR)8787/008/2/Jld. 1(9) bertarikh 30 Mei 2006. Surat ini boleh dimuat turun dari Portal PPD Perak Tengah atau hemperaktengah.blogspot.com. Klik pautan di bawah untuk muat turun surat :

3.       Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk menghantar maklumat seperti di bawah :
  1. Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah
  2. Senarai Ahli Kelab Pencegahan Jenayah
  3. Senarai Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah Tahun 2014

4.       Maklumat Kelab Pencegahan Jenayah perlu dihantar ke Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Perak Tengah pada atau sebelum 25 Ogos 2014. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar di talian 013-5159012.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Daripada,
Nursyahri Faizal b Ahmad Mokhtar,
Penyelia HEM, PPD Perak Tengah







Lampiran
JAWATANKUASA KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
SEKOLAH..............................................
TAHUN 2014
Penaung                  :  Pengetua/Guru Besar
Penasihat                :  1. PK/GK Hal Ehwal Murid
                                2. Guru Disiplin
                                3. Pegawai Perhubungan Polis
Pengerusi                :
Naib Pengerusi         :
Setiausaha               :
Penolong Setiausaha :
Bendahari                :
AJK                        : 1.
                               2.
                               3.
                               4.
                               5.
Pemeriksa Kira-kira   : 1.
                               2.
Contoh aktiviti

Bil
Aktiviti
Tarikh Perlaksanaan

1.

Mesyuarat Agung Pemilihan AJK


2.

Mesyuarat Perancangan Aktiviti Tahunan


3.

Kempen Pencegahan Jenayah di kalangan murid


4.

Ceramah oleh PDRM


5.

Kuiz

Tiada ulasan: