Isnin, 29 September 2014

PENGUMPULAN DATA PERUNTUKAN KEWANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH BAGI TAHUN 2014



PENGETUA/GURU BESAR,
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH

Tuan/Puan,

PENGUMPULAN DATA PERUNTUKAN KEWANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DAERAH PERAK TENGAH BAGI TAHUN 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dengan ini dimaklumkan Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Perak akan membuat pengumpulan data peruntukkan kewangan kokurikulum sekolah seluruh negeri Perak

3.       Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum PPD Perak Tengah akan membuat pengumpulan data peruntukkan kewangan kokurikulum sekolah menengah dan rendah daerah Perak Tengah.Pihak sekolah dikehendaki menghantar data peruntukkan dalam bentuk ‘softcopy’ ke e-mel

                            kerengge9745@gmail.com 

dan ‘hardcopy’ pada atau sebelum 10 November 2014. Pelaporan hendaklah menggunakan format terbaru (softcopy).

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun borang data peruntukan kokurikulum :

4.       Jika ada sebarang masalah, pegawai di pejabat ini, Encik Mohd Mokhtar Shaari  di talian 019-5595892 sedia membantu.

Tiada ulasan: