Khamis, 16 April 2015

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan/ Puan ,

PERTANDINGAN KO AKADEMIK – KARNIVAL BAHASA SEKOLAH  RENDAH
PERINGKAT DAERAH TAHUN 2015

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Dimaklumkan bahawa pertandingan ko akademik iaitu Karnival Bahasa Sekolah Rendah Peringkat Daerah akan diadakan  seperti ketetapan berikut :

                   Tarikh                        :   18 April 2015(Sabtu)
                        Masa                          :   8.00 pagi
                        Tempat                      :   SK Dato’Sagor, Kg Gajah
                       
3.       Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan/puan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan/puan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.
         
4.       Pihak tuan/puan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Jika ada sebarang masalah, pegawai di pejabat ini, Encik Ahmad Azuwan bin Ismail di talian 013-4365511 atau Puan Azlaila bt Zamzuri (019-6781495) PT Sokongan Bahasa Melayu (SR) dan Pn.Nazrima bt Mohd Nazir (019-2341117) PT Sokongan Bahasa Inggeris (SR) sedia membantu.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

 


Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: