Rabu, 1 Julai 2015

Majlis Penyerahan Bantuan Hari Raya Parlimen Parit.

Hari ini merupakan hari yang bertuah buat 100 orang murid sekolah rendah dan menengah dalam Parlimen Parit kerana menerima bantuan duit raya     dari YB Dato'Hj Mohd Zaim b Hj Abu Hassan dan YB Dato' Drs Mohd Nizar b Hj Zakaria.

Majlis penyerahan bantuan Hari Raya ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tn Hj Rozi bin Puteh Zahari, Pengarah Pendidikan Negeri Perak dalam satu majlis yang diadakan di kantin SK Seri Iskandar yang turut dihadiri oleh En Azmi b Dahali, Ketua sektor Pengurusan Sekolah, pegawai pegawai dari JPN dan PPD serta Penolong Kanan/Guru Kanan HEM.




Tiada ulasan: