Selasa, 12 Januari 2016


Guru Besar,
Sekolah-sekolah ,
Daerah Perak Tengah.
 
Tuan,
PERLAKSANAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2016
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPMSP-800-4/1/15(  ) bertarikh 31 Disember 2015 adalah berkaitan.
2.      Bersama – sama ini disertakan surat berkenaan yang jelas menyatakan maksudnya untuk tindakan tuan.
3.      Sukacita diingatkan, Murid Tahun 1 dan kes keciciran permohonan    ( Tahun 2 – Tahun 6 ) hendaklah bermula pada 1 Februari 2016, mengikut Paras Garis Kemiskinan Nasional (PGK) tahun 2014. Pihak tuan juga diminta menghantar senarai bilangan penerima ( Cicir ) mengikut format borang yang digunakan sekarang ke unit Pembangunan kemanusiaan PPD Perak Tengah  untuk perhatian Penyelia HEM Daerah sebelum 20 Januari 2016.
4.      Maklumat yang lengkap perlu dihantar :
  1. Emelkan ke rmtperaktengah@gmail.com sebelum 20 Januari 2016
     
     
     
    5.      Sebarang pertanyaan boleh hubungi Encik Razmir Bin Ahmad Nordin di talian 013-5072246.
    Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
    Sekian,

Tiada ulasan: