Jumaat, 4 Mac 2016

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MENULIS BUKU BERSEMPENA PROGRAM” LET’S READ TOGETHER 2016”

Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah
Tuan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MENULIS BUKU
BERSEMPENA PROGRAM” LET’S READ TOGETHER 2016”

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. surat dari Jabatan Pendidkan Negeri Perak J.Pel.Pk.(KOKU)4531/4/Jld.11(77) bertarikh 24 Februari 2016 adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak akan mengadakan program tersebut di bersempena program ”Let’s Read Together (LRT) 2016”. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan dan menarik minat murid ke arah pembudayaan pembacaan dalam memupuk Modal Insan Kelas Pertama bagi mencapai aspirasi Negara. Untuk makluman tuan, pemenang pertandingan ini akan diumumkan semasa majlis program ”Let’s Read Together yang akan diadakan pada 23 April 2016 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

3.   Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk menyebarluas dan menggalakkan murid-murid sekolah dibawah pentadbiran tuan untuk menyertainya.

4.     Bersama ini disertakan dilampirkan syarat penyertaan dan maklumat program berkenaan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia program di talian 05-24911888.

Tiada ulasan: