Selasa, 29 Mac 2016

LAPORAN PELANCARAN PROGRAM 3S PERINGKAT SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH

Semua Pengetua /Guru Besar
Sekolah Daerah Perak Tengah 

Tuan

LAPORAN PELANCARAN PROGRAM 3S PERINGKAT SEKOLAH
DAERAH PERAK TENGAH 

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Adalah dimaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah sedang mengumpul maklumat dan data berkaitan perkara di atas. Sehubungan dengan itu adalah dipohon kerjasama pihak tuan untuk melengkapkan Borang Laporan Pelancaran Program 3S Peringkat Sekolah pada atau sebelum 5 April 2016 (Selasa).

3.        Bersama-sama ini dilampirkan borang berkaitan .Ianya adalah berbentuk goggle form yang perlu diisi secara online.


Kerjasama dan perhatian tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

Tahniah kepada sekolah yang telah menghantar laporan Pelancaran Program 3 S di lengkap mengikut format yang diberikan. Harapan saya agar semua sekolah telah melaksanakan program ini selaras dengan hasrat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Sekian. Terima kasih.

Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling 
b/p Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah



Tiada ulasan: