Isnin, 21 Mac 2016

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2016

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah  Daerah Perak Tengah

Tuan,

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak, J.Pen.Pk.(HEM)5128/5/6 Jld.3(17) bertarikh 11 Mac 2016  yang diterima pada 21 Mac 2016 adalah berkaitan.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) adalah merupakan satu daripada komponen Pentaksifan Berasaskan Sekolah (PBS). Objektif pelaksanaan Ppsi adalah untuk mengukur kebolehan minat, sikap, personaliti, kecenderungan, kemahiran menaakul dan kemahiran penyelesaian masalah.

3.         Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik pada tahun 2016 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun Tiga dan Tahun Enam di sekolah rendah dan semua murid Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di sekolah menengah. 


4.         Sehubungan itu, semua sekolah hendaklah mentadbir Pentaksiran Psikometrik Tahun 2016 berdasarkan jadual yang dilampirkan. Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik di peringkat sekolah perlu diselaraskan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah tuan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan di pihak tuan, sila hubungi En. Hamshah bin Noraini, Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling di talian 019 3468209 / 05-3711 273.

Muat Turun Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik


Tiada ulasan: