Jumaat, 22 April 2016

Ujian Psikometrik Tingkatan 1 Tahun 2016


Pengetua,
Sekolah-Sekolah  Menengah Daerah Perak Tengah

Tuan,

Ingatan Mesra Berkenaan Ujian Psikometrik Tingkatan 1

Merujuk kepada surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk (HEM)5128/5/6 Jld.3 (17)

Dimaklumkan bahawa terdapat 2 ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan kepada murid tingkatan 1 iaitu:-

1.Inventori Minat Kerjaya (IMK) 180 item 
2. Inventori Tret Personaliti (ITP) 150 item

Selepas daripada mentadbir ujian berkenaan perlu dimasukkan skor ujian tersebut di laman web epkm.moe.gov.my 

Sehubungan dengan itu, mohon kepada pegawai tuan yakni Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tuan untuk melaksanakan ujian ini.

Tarikh akhir isi data berkenaan adalah pada 31 Mei 2016
Harap maklum.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,

Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling 
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah 

Tiada ulasan: