Selasa, 21 Jun 2016

KWAPM 2016

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,
SENARAI NAMA DAN MAKLUMAN PEMBAYARAN KEPADA MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAMP) DAN eKASIH TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya saya merujuk surat kementerian pendidikan Malaysia KPMSP.800-4/3/10JLD17(29) bertarikh 15 JUN 2016.

2.         Dimaklumkan bahawa pembayaran kepada murid Tahun 2 hingga tahun 6 boleh dilakukan oleh pihak sekolah.

3.         Surat siaran dan senarai nama murid yang layak menerima bantuan boleh dimuat turun didalam Portal PPD Perak Tengah dan di Bloghemperaktengah .

4.         Sehubungan dengan itu, Pihak PPD Perak Tengah berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan pembayaran wang berkenaan. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 0135072246.


Sekian, terima kasih.

1 ulasan:

ahmad humairi berkata...

Senarai nama murid yang layak telah di muatturun melalui APB. Wang KWAPM belum masuk lagi buat masa ini.