Sabtu, 25 Jun 2016

Pentaksiran Skor Ujian Psikometrik Bagi Murid Tingkatan 3

Pengetua,
Sekolah-Sekolah  Menengah Daerah Perak Tengah

Assalamualaikum dan salam ramadhan.

Tuan,

Ingatan Mesra Berkenaan Ujian Psikometrik Tingkatan 3

Merujuk kepada surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pel.Pk (HEM)5128/5/6 Jld.3 (17)

Terlebih dahulu saya mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling di Daerah Perak Tengah kerana telah menyempurnakan pelaksanaan ujian psikometrik Tingkatan 1 dengan jayanya.

Maka, dimaklumkan bahawa terdapat  ujian psikometrik yang perlu dilaksanakan kepada murid tingkatan 3 iaitu:-

1.Inventori Minat Kerjaya (IMK) 180 item 

Selepas daripada mentadbir ujian berkenaan perlu dimasukkan skor ujian tersebut di laman web epkm.moe.gov.my 

Sehubungan dengan itu, mohon kepada pegawai tuan yakni Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah tuan untuk mentaksir skor dan memasukkan data ke dalam sistem SePKM

Tarikh akhir isi data berkenaan adalah pada 30 Jun 2016


Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Penolong PPD Bimbingan dan Kaunseling 
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah 

Tiada ulasan: