Khamis, 21 Julai 2016

KURSUS MOTIVASI PELAJAR KERJASAMA ANTARA PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk) DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK



Pengetua,
SMK Dato’ Seri Maharaja Lela,
SMK Sungai Ranggam.

Tuan,

KURSUS MOTIVASI PELAJAR KERJASAMA ANTARA PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk) DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Surat Jabatan Pendidikan Perak J.Pend.Pk (AM) 4598/7 Jld.8 (50) bertarikh 1 Julai 2016 adalah berkaitan.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa kursus motivasi pelajar dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan diadakan seperti ketentuan berikut:

       Tarikh                           : 25 Julai 2016 (Isnin)
       Masa                            : 9.00 pagi – 4.00 petang
       Tempat                         : Sekolah masing-masing
       Bilangan peserta       : 200 orang murid (beragama Islam sahaja yang terdiri daripada murid                                                                    positif ujian urin / murid berisiko)
       Tempahan makanan : Sarapan pagi & makan tengahari untuk 210 orang
                                               (RM 10.00 per pax)

3.    Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan menyediakan keperluan seperti bilangan pelajar, P.A System dan Pengacara Majlis pada hari program tersebut.

4.    Segala kos perbelanjaan program adalah di bawah tanggungan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Pihak tuan perlu mematuhi SOP, KPM seperti yang berkuatkuasa sekarang. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ahmad Daud bin Hj. Zainuddin, Penolong PPD Pendidikan dan Pencegahan Dadah di talian 05-3711 273 atau 019-5532 290.

Kerjasama dan sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.




Ahmad Daud Bin Hj. Zainuddin,
Penolong PPD Pendidikan dan Pencegahan Dadah,
Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.











Tiada ulasan: