Jumaat, 12 Ogos 2016

BIASISWA


Pengetua,
Sekolah – Sekolah,
Daerah Perak Tengah.


Tuan,

PRESTASI PENERIMA SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM ADAT MELAYU PERAK

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk dan surat JPN bertarikh 9 Ogos 2016 rujukan : J.Pel.Pk(HEM)5128/6/1/1 Jld. 2(2) adalah berkaitan.

2.       Sukacita dimaklumkan, pihak MAIPK sedang menjalankan pemantauan prestasi akademik penerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPK di bawah peruntukan asnaf fakir miskin. Sehubungan itu mohon jasa baik pihak tuan untuk mendapatkan maklumat dan melengkapkan prestasi murid yang menerima Skim Bantuan Biasiswa bagi sekolah di bawah tadbiran tuan.

3.       Sila muat turun senarai nama murid yang terlibat serta format pelaporan di bawah dan kembalikan dalam bentuk softcopy ke email hemperaktengah@gmail.com sebelum atau pada 15 Ogos 2016.

4.       Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Razmir b. Ahmad Nordin di talian
013-5072246.

 Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai .


Sekian, terima kasih.

Muatturun

Tiada ulasan: