Rabu, 24 Ogos 2016

KANTIN

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah – Sekolah Daerah Perak Tengah,
Pejabat Pendidikan Perak Tengah.

Tuan,

TAKLIMAT KATERING SIHAT, KESELAMATAN MAKANAN DAN PROGRAM BeSS (BERSIH, SIHAT DAN SELAMAT)OLEH UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN BERSAMA PEGAWAI SAINS (PEMAKANAN) PEJABAT KESIHATAN DAERAH PERAK TENGAH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dengan kerjasama Pegawai Sains (Pemakanan) Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah akan mengadakan satu taklimat untuk semua pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah - sekolah di Daerah Perak Tengah. Butiran taklimat adalah seperti dibawah :

Program       : Taklimat Katering Sihat, Keselamatan Makanan & Program      
  BeSS
          Tarikh          : 30 September 2016
          Tempat         : Bilik Seminar, Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah
          Masa            : 2.45 petang – 5.00 petang


3.       Semoga dengan kehadiran pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah tuan  akan membantu melancarkan lagi program yang dijalan. Jasa baik tuan-puan kami dahulukan dengan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih. 


Tiada ulasan: