Isnin, 29 Ogos 2016

Tips Ulangkaji Saat Akhir Sebelum Peperiksaan.

Peperiksaan Semua orang pernah menduduki peperiksaan. Tidak kira peperiksaan semasa di sekolah atau di universiti, setiap orang ada cara tersendiri untuk belajar. Ada yang belajar sejak awal. Ada yang belajar secara berkumpulan. Dan ada juga yang belajar di saat akhir sebelum peperiksaan. 


Memandangkan minggu ini bermulannya peperiksaan UPSR. Saya akan kongsikan tips ulangkaji di saat akhir sebelum peperiksaan. Tips ini in sha Allah boleh membantu anak-anak dalam mengulangkaji dengan berkesan.

1. Semak Jadual Peperiksaan.
Pertama sekali, semak jadual (highlightkan subjek yang akan dihadapi) anda untuk pastikan subjek yang mana akan dihadapi terlebih dahulu. Dari situ baru kita boleh ambil keputusan untuk ulangkaji subjek yang mana terlebih dahulu. Fokus subjek yang sukar agar dapat seimbang dengan subjek yang telah dikuasai.


2. Buat Latih Tubi
Lebihkan latihan berbanding membaca. Buat soalan tahun lepas dan re test (jawab semula) soalan-soalan Pra UPSR, Percubaan dan yang relevan. Atau buat mana-mana latihan di dalam buku latihan. Kemudian semak, mana-mana soalan yang tidak dapat jawab, di topik itulah anda perlu baca semula. Kemudian buat latihan semula. Biasakan diri dengan masa menjawab kertas soalan sebagai contoh masa menjawab 1 jam jadi set masa supaya selaras dengan masa peperiksaan. Hal ini membantu murid untuk pengurusan masa ketika peperiksaan sebenar.


3. Tetapkan matlamat ulangkaji

Setiap perkara perlu ada matlamatnya dan begitu juga dengan ulangkaji. Sebagai contoh, anda ulangkaji dari jam 8 malam hingga 10.00 malam, jadi tetapkan matlamat anda untuk faham sesuatu topik dalam masa tersebut. Kadang kala manusia lebih efektif di dalam keadaan tertekan. Tetapi pastikan matlamat tersebut adalah logik dan boleh dicapai.


4. Fahamkan subjek
Semasa ulangkaji di saat akhir, kefahaman adalah lebih penting daripada menghafal setiap ayat di dalam buku rujukan.


5. Masa rehat dan kesihatan adalah penting

Dalam kajian, setiap orang hanya dapat betul-betul fokus dalam sesuatu perkara dalam 30 minit pertama sahaja. Selepas masa tersebut, peratusan fokus akan semakin berkurangan. Bayangkan jika anda ulangkaji selama 5 jam berturut-turut tanpa masa rehat. Pastinya anda kurang fokus kerana otak anda telah penat. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh berehat pendek selama 5 hingga 10 minit setiap sejam. Atau anda boleh ulangkaji dengan nota ringkas sambil bergerak atau berjalan di sekitar bilik atau rumah anda. Banyakkan minum air mineral dan susun jadual beriadah sebab badan cergas otak cerdas.


6. Tulis dan Imaginasikan
Baca satu topik dan kemudian tulis mengikut kefahaman dan ayat anda sendiri. Anda juga boleh rangkakan dalam bentuk peta pemikiran yang mudah anda fahami.


7. Soal jawab dengan rakan
Kebaikannya adalah anda boleh berkongsi sesuatu yang anda baca dengan kawan anda. Dan dari situ anda dapat tahu topik mana yang anda tidak tahu. Sebagai contoh ada yang mengunakan kaedah guru muda yakni rakan2 membantu dengan cara mengajar apa yang dia kuasai. Secara tidak langsung kefahaman yang ada itu meningkat.

8. Jaga hubungan dengan Allah, Guru-guru dan rakan
Hendaklah murid-murid menjaga hubungan dengan ketiga-tiga ini kerana apabila usaha telah dilakukan dengan gigih disusuli dengan doa dan ibadah yang dilakukan. Semoga kejayaan milik kalian.

Kepada ibu bapa berikanlah sokongan dan bantuan kepada anak-anak yang sedang menghadapi peperiksaan. Doakan lah mereka menjadi anak yang baik dan cemerlang dalam akademik. 

Kepada guru-guru teruskan usaha membantu anak-anak murid berjaya. Tahniah dan terima kasih cikgu.

Tiada ulasan: