Isnin, 19 Disember 2016

Guru Besar,
Sekolah – sekolah,
Daerah Perak Tengah

Tuan ,

 

LAPORAN PRESTASI PERBELANJAAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT ) DAN RUMUSAN BAKI KEWANGAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Laporan prestasi perbelanjaan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) untuk bayaran RM 2.50 perlu dihantar ke PPD Perak Tengah 4 kali setahun. Kutipan fasa terakhir perlu dihantar segera ke PPD Perak tengah.

3.         Sehubungan itu, Pihak PPD Perak Tengah amat berharap agar pihak tuan dapat menyampaikan makluman ini kepada PK/GK HEM / Penyelaras RMT / Pembantu Tadbir sekolah tuan untuk menghantar Laporan Prestasi Perbelanjaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan maklumat baki kewangan RMT tahun 2016 segera sebelum 23 Disember 2016 untuk perhatian Penyelia HEM PPD Perak Tengah . Borang untuk maklumat baki kewangan (LAMPIRAN RMT-B2016) boleh dimuat turun di bawah.

4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 05-3711273 / 019-5034371.

Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.


Tiada ulasan: