Khamis, 26 Januari 2017

BKAP1M 2017

Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

SURAT SIARAN MENGENAI PELAKSANAAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1 MALAYSIA BAGI TAHUN 2017
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Jabatan Pendidikan Negeri J.Pel.Pk.(HEM)5128/9/1(12) bertarikh 23 Januari 2017 dan surat Kementerian Pendidikan Malayisa KPM.800-4/1/5 jld.9(12) bertarikh 13 Januari 2017 adalah dirujuk.
2.         Sehubungan dengan itu bersama-sama ini disertakan surat siaran serta garis panduan berkenaan (muat turun di http://hemperaktengah.blogspot.my/) dan tuan diminta mengambil tindakan seperti dalam surat KPM tersebut. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memanjangkan surat ini ke PK HEM dan penyelaras bantuan sekolah di bawah pentadbiran tuan.
3.         Pihak tuan juga dipohon untuk memantau dan memastikan proses pembayaran yang dilaksanakan di sekolah mengikut Garis Panduan Khas Bantuan Awal Persekolahan 1 Malaysia di sekolah tuan.
4.         Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin  (Penyelia Hal Ehwal Murid)  di talian 05-3711273/019-5034371
Kerjasama dari pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan

Sekian, terima kasih.

muat turun

Tiada ulasan: