Khamis, 26 Januari 2017

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017


Assalamualaikum dan Salam Perak Tengah Memimpin Kecemerlangan 

Kepada
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah 

Tuan

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia akan mengadakan program yang tersebut di atas pada tarikh 5 dan 6 Februari 2017 serentak di semua sekolah di seluruh negara. Majlis Pelancaran Peringkat Daerah Perak Tengah akan diadakan di SMK Seri Londang.

3. Sehubungan dengan itu, dipohon semua sekolah di negeri ini mengadakan Program Jom Ke Sekolah di peringkat sekolah masing-masing pada ketentuan seperti berikut:

TARIKH : 6 FEBRUARI 2017 (ISNIN)

MASA : 7.30 PAGI HINGGA 8.05 PAGI (WAKTU PERHIMPUNAN PAGI)

TETAMU JEMPUTAN : PEGAWAI POLIS PERHUBUNGAN SEKOLAH


4. Bersama-sama ini disertakan atur cara dan teks ucapan YB Menteri Pendidiikan dan YDH Ketua Polis Negara yang perlu dibacakan dalam program tersebut.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Ahmad Azuwan b. Haji Ismail Penolong PPD Hal Ehwal Murid.

Tiada ulasan: