Khamis, 23 Februari 2017

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) 2017


Tuan,

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  24 hingga 26 Februari 2017 (Jumaat hingga Ahad)
                        Tempat           :  SMK Abdul Rahman Talib (Bawah 18 Tahun)
                                                :  Dewan Karentina (Bawah 15 Tahun)
                                                :  Dewan Orang Ramai Hutan Melintang (Bawah 12 Tahun)
                        Masa               :  8.00 pagi - 10.00 malam
                        Penginapan   :  Asrama SMK  Abdul Rahman Talib (Bawah 18)
                                                   SEMESTI (Bawah 15)
                                                   SK Simpang Empat (Bawah 12)
                        Keperluan      :  Cadar, Sarung Bantal, Kelengkapan diri dll.
                        Msyrt Pengurus & Lapor Diri :  10.00 pagi

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 dari sekolah tuan yang terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pegawai tuan dibenarkan membuat tuntutan perjalanan pergi dan balik mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa sekarang.

4.         Penginapan dan makanan disediakan kepada pegawai dan pelajar disepanjang kejohanan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

sila muat turun surat di bawah;
surat kejohanan sepak takraw msspk

Tiada ulasan: