Selasa, 28 Mac 2017


Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Tuan,

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK SEKOLAH MENENGAH
(BAWAH 15 & 18 TAHUN) MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  30 Mac, 2017 ( Khamis )
                        Tempat           :  Bilik Gerakan SMK Dato Seri Maharaja Lela
                        Masa               :  3.00 petang
                        Pengerusi      :  Pengetua SMK Dato Seri Maharaja Lela / Wakil
                        Pakaian          :  Rasmi

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada Penolong Kanan Kokurikulum / Pengurus Bola Sepak sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Sila muat turun surat di bawah;

surat mesyuarat bolasepak bwh 15 & 18 tahun

Tiada ulasan: