Khamis, 27 April 2017

KWAPM 2017

Guru Besar,
Sekolah-sekolah,
Daerah Perak Tengah.

Tuan/Puan,

SENARAI NAMA DAN MAKLUMAN PEMBAYARAN KEPADA BANTUAN AM PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID TAHUN 2 HINGGA TAHUN 6 BAGI BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM), eDAMAK DAN eKASIH TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya merujuk surat Jabatan Pendidikan Negeri Perak J.Pel.Pk (HEM) 5128/9/9 Jld.7(28) bertarikh 19 April 2017

2.         Dimaklumkan bahawa pembayaran kepada murid Tahun 2 hingga tahun 6 boleh dilakukan oleh pihak sekolah.

3.         Surat siaran dan senarai nama murid yang layak menerima bantuan boleh dimuat turun didalam Portal PPD Perak Tengah dan di Bloghemperaktengah.

4.         Sehubungan dengan itu, Pihak PPD Perak Tengah berharap agar pihak tuan dapat menyegerakan pembayaran wang berkenaan. Sebarang pertayaan sila berhubung terus dengan En. Razmir bin Ahmad Nordin (Penyelia HEM PPD Perak Tengah) di talian 019-5034371.


Sekian, terima kasih.


MUAT TURUN

Tiada ulasan: