Isnin, 3 April 2017

PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK MSSD PERAK TENGAH BAWAH 14 TAHUN DAN 18 TAHUN

Pengetua,
Sekolah-sekolah Perak Tengah

Tuan,

PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK MSSD PERAK TENGAH BAWAH 14 TAHUN DAN 18 TAHUN

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pemilihan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  4 April, 2017  ( Selasa )
                        Tempat           :  Padang SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub Bota Kanan
                        Masa               :  3.00 petang

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke pemilihan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508.

Muat Turun Surat:


Surat Pemilihan Pemain Bola Sepak 14 & 18 Tahun Tahun 2017

Tiada ulasan: