Selasa, 9 Mei 2017

KEJOHANAN HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2017



SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

KEJOHANAN HOKI MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2017
                                               
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  11 Mei 2017 ( lelaki 18 Tahun)
                                                   12 Mei 2017 ( Perempuan 18 Tahun)
                                                   13 & 14 Mei 2017 ( Lelaki & Perempuan 12 Tahun)
                        Tempat           :  Stadium Hoki, Ipoh
                        Masa               :  8.00 pagi - 6.00 petang
                       
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 dari sekolah tuan yang terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Makanan dan minuman disediakan kepada pegawai dan pelajar disepanjang kejohanan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian di talian 05-371 1273 / 017-5442508.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

Sila muat turun surat di bawah;

surat kejohanan hoki msspk

senarai pasukan hoki msspk

Tiada ulasan: