Khamis, 4 Mei 2017

LATIHAN PUSAT KONTINJEN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017

Tuan,

LATIHAN PUSAT KONTINJEN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa latihan pusat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :
                    
   Tarikh             :  8 Mei  dan 9 Mei,  2017
                        Tempat           :  SK Titi Gantung
                        Masa               :  11.00 pagi - 6.00 petang

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 untuk hadir ke latihan pusat tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Makan dan minum serta perbelanjaan di sepanjang latihan pusat adalah tanggungjawab sekolah masing-masing

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508.  Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

sila muat turun surat di bawah;



Tiada ulasan: