Isnin, 10 Julai 2017

PEGAWAI DAN URUSETIA TID

SENARAI SEPERTI EDARAN

Tuan,

TAKLIMAT PELAKSANAAN UJIAN TID (UJIAN MENGENAL PASTI BAKAT SUKAN) DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2017

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  11 Julai, 2017 ( Selasa )
                        Tempat           :  Bilik Tutorial SK Seri Iskandar
                        Masa               :  2.30 petang

3.         Sehubungan itu, mohon kerjasama dan jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai tuan seperti Lampiran 1 untuk hadir ke taklimat  tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah,           En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

Sila muat turun surat di bawah






Tiada ulasan: