Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah
Perak Tengah
Tuan,
PERTANDINGAN SEMPENA
KARNIVAL PENDIDIKAN KALI KE-5 DAERAH PERAK TENGAH BAGI TAHUN 2017
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat
Pendidikan Daerah Perak Tengah akan melaksanakan program di atas pada ketetapan
seperti yang berikut :
Tarikh : 28 Oktober, 2017 ( Sabtu )
Tempat : Tapak Karnival Hadapan D’Mall Seri Iskandar
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
3. Sehubungan
itu, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah menjemput sekolah tuan untuk
menyertai pertandingan yang akan diadakan sempena karnival tersebut . Pertandingan tersebut adalah sepak raga ratus- lelaki ( SM ), congkak -
perempuan (SM), batu seremban- perempuan (SM), bola jaring ‘3 on 3’ – perempuan
(SM & SR) dan street soccer ‘3 on 3’ – lelaki ( SM & SR ).
4. Sebarang pertanyaan dan urusan
penyertaan, sila hubungi urusetia permainan yang telah ditetapkan dalam borang
seperti lampiran.
Perhatian
dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian,
terima kasih.
SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan