Jumaat, 15 Disember 2017

RMT 2018

Semua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Negeri Perak.

Semua Guru Besar,
Sekolah Rendah Negeri Perak.

Tuan,
PELAKSANAAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH TAHUN 2018
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa program RMT ini merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid dari golongan miskin tegar merujuk kepada Paras Garis Kemiskinan Nasional (PGK) 2014. Pelaksanaan program ini bertujuan menyediakan makanan berkhasiat yang mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran.
3. Pelaksanaan RMT ini hendaklah mematuhi Surat Pekeliling Kewangan yang telah diedarkan dan perlu dibaca bersama-sama dengan Buku Panduan Pengurusan RMT dan Surat Siaran yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Tuan perlu memastikan kelayakan murid RMT yang dipilih seperti dilampiran dalam syarat kelayakan SURAT PEKELILING KEWANGAN DI BAWAH:
    3.1 Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 2 Tahun 2016 [( No.Rujukan : KPMSP.100-1/7/1 Jld 4 (94)] bertarikh 14 Oktober 2016
    3.2 Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil.2 Tahun 2016 Rancangan Makanan Tambahan [(No.Rujukan : KPM.100-1/7/1 Jld 6 (34) bertarikh 1 Mac 2017.
    3.3 Surat Pelaksanaan Program RMT tahun 2018
    3.4 Modul/Buku Panduan Pengurusan RMT
4. Bersama ini juga dilampirkan Garis Masa Pengurusan RMT Negeri Perak
SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH
Sekian terima kasih
UNIT HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Tiada ulasan: