Khamis, 22 Februari 2018

KEJOHANAN BADMINTON MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2018


SEPERTI SENARAI EDARAN

Tuan,

KEJOHANAN BADMINTON MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPK) TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  23 - 25 Februari, 2018 ( Jumaat - Ahad)
                        Tempat             :  Dewan Badminton Anson Sport Centre, Teluk Intan
                        Penginapan      :  SMK Abdul Rahman Talib
                        Pergerakan       :  10.00 pagi
                                               
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 dari sekolah tuan yang terpilih mewakili Daerah Perak Tengah ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Penginapan dan makanan disediakan kepada pegawai dan pelajar disepanjang kejohanan. Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian di talian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS En. Mior Azrim b Mior Anas di talian, 013-5158095.
Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

SURAT BADMINTON MSSPK

Tiada ulasan: