Khamis, 1 Mac 2018

KWAPM



SEMUA PENGETUA,
SEMUA GURU BESAR,
NEGERI PERAK.

Tuan,
PELAKSANAAN PERMOHONAN BANTUAN KUMPULAN WANG MANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) TAHUN 2018 SECARA ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI PENGURUSAN BANTUAN (APB) - MODUL KWAPM BAGI MURID DARJAH 1, TINGKATAN 1 DAN KES PERMOHONAN TERCICIR DARJAH 2 HIINGGA 6
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan permohonan bantuan KWAPM tahun 2018 bagi murid Darjah 1 dan Tingkatan 1 akan dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB) – Modul KWAPM. Permohonan secara atas talian ini juga dibuka bagi memberi ruang kepada kes-kes permohonan bantuan KWAPM yang tercicir bagi murid darjah 2 hingga darjah 6.
3. Sehubungan dengan itu, tuan di mohon melaksanakan perkara berikut:
  1. Menggunakan Surat Pekeliling Kewangan(SPK) Bil.1 Tahun 2018 – Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bertarikh 19 Januari 2018 sebagai rujukan dan panduan utama dalam melaksanakan permohonan bantuan ini. Salinan SPK seperti di lampiran;
  2. Mematuhi tarikh yang telah ditetapkan.
  3. Semua sekolah dan PPD perlu merujuk Manual Pengguna Modul KWAPM dalam melaksanakan permohonan ini. Manual Pengguna tersebut boleh di muat turun melalui pautan seperti berikut : https://www.moe.gov.my/index.php/my/sumber/muat-turun/garis-panduan/item/manual-pengguna-apb-kwapm-pemohon-kwapm-guru-kwapm
4. Bersama -sama ini dilampirkan surat berkaitan untuk rujukan tuan.
SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH.
Sekian terima kasih.
UNIT HAL EHWAL MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN

Tiada ulasan: