Khamis, 8 Mac 2018

JEMPUTAN KE MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH 2018


Pengetua / Guru Besar,

Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PERAK TENGAH 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah akan mengadakan kejohanan pada ketetapan seperti yang berikut :


                        Penutupan       :  YB Dato’ Drs. Mohd Nizar b. Hj. Zakaria, DPCM., AMP.
   (Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan
   Islam & Pembangunan Sahsiah)
                        Tarikh              :  8 Mac, 2018 ( Khamis )
                        Tempat             :  Padang MRSM Parit
                        Masa                :  4.00 petang

3.         Sehubungan itu, jawatankuasa pengelola menjemput tuan untuk hadir ke kejohanan tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.Semoga dengan kehadiran tuan dapat lagi memeriahkan kejohanan tersebut.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;

SURAT JEMPUTAN KE MAJLIS PENUTUPAN OLAHRAGA DAERAH

Tiada ulasan: