Isnin, 28 Mei 2018

PELANJUTAN TARIKH PENGHANTARAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI DAN MENCIPTA SAJAK DIRAJA


                                                                                             Ruj. Kami : PPD.PET.800-2/4 (  34  )
         Tarikh       :    25  Mei  2018                                                              
Semua Pengetua/ Guru Besar                                                                      
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah                  

Tuan,

PELANJUTAN TARIKH PENGHANTARAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI DAN  MENCIPTA SAJAK BAGI PROGRAM TAHUNAN MENYEMAI SEMANGAT “KESETIAAN KEPADA RAJA” SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya merujuk surat Pejabat Pendidikan Perak Tengah PPD.PET.800-2/4 ( 29 ) bertarikh 07 Mei 2018 adalah berkaitan.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah  akan menganjurkan Pertandingan Pidato Diraja, Menulis Esei, Mencipta Sajak, Melukis Karikatur dan Melukis Poster bagi program tahunan menyemai semangat “Kesetiaan Kepada Raja” sempena ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Peringkat Daerah Perak Tengah tahun 2018

3.         Sehubungan dengan itu , tarikh penghantaran pertandingan Menulis Esei Dan Mencipta Sajak dilanjutkan dari 25 Mei 2018 kepada 07 Jun 2018  ke Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah (u.p: Penolong PPD Kokurikulum Akademik).
                       
3.         Kertas konsep dan syarat-syarat pertandingan boleh dimuat turun dalam portal PPD Perak tengah atau blog  http://hemperaktengah.blogspot.my untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.

4.         Mohon jasa baik pihak tuan agar dapat menyebarluas dan menghantar seberapa banyak penyertaan dalam  pertandingan ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam bin Yusof, Penolong PPD Kokurikulum akademik  di talian 013 6045091 atau 05-3711273. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,


Surat ini telah dimasukan dalam pigion hole di PPD

Tiada ulasan: