Khamis, 28 Jun 2018

PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK BAWAH 15 & 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2018


Pengetua,
Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah.

Tuan,

PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK BAWAH 15 & 18 TAHUN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) PERAK TENGAH TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa latihan pusat di atas akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh             :  2 Julai, 2018.
                        Tempat           :  SMK Lambor Kiri.
                        Masa               :  10.00 pagi – 5.30 petang
3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan untuk memberi pelepasan tugas kepada pegawai dan pelajar tuan seperti Lampiran 1 untuk hadir ke pemilihan pemain tersebut pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi.

4.         Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En.Ahmad Zahadi Bin Sopian di talian 05-371 1273 / 017-5442508 atau PTPS En. Khairulnizam b Abd Rahim di talian 019-7317725.

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;


Tiada ulasan: