Rabu, 11 Julai 2018

KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPk) TAHUN 2018


Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Negeri Perak.

Tuan,

KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSSPk) TAHUN 2018

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa kejohanan di atas akan dijalankan pada ketetapan seperti yang berikut :

                        Tarikh              :  13 hingga 15 Julai, 2018.
                        Tempat             :  SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah
                        Masa                :  8.00 pagi - 5.00 petang
                        Pendaftaran    :   10.00pagi

3.         Sehubungan itu, mohon jasa baik tuan agar dapat memberi pelepasan tugas kepada guru dan pelajar dari sekolah tuan ke kejohanan ini pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Sebelum meninggalkan tugas, guru diminta untuk menyediakan modul latihan atau tugasan kepada pelajar-pelajar mengikut bilangan hari meninggalkan sekolah. Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan membawa pelajar dalam aktiviti luar sekolah dipatuhi

4.         Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila berhubung dengan Penyelia Sukan PPD Perak Tengah, En. Ahmad Zahadi Bin Sopian ditalian 05-371 1273 / 017-5442508

Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


SILA MUAT TURUN SURAT DI BAWAH;


Tiada ulasan: