Selasa, 10 Julai 2018

PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2018

Pengetu
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Peringkat Daerah Perak Tengah Tahun 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

                        Tarikh              : 12 Julai 2018
                        Masa               : 10.30 pagi
                        Tempat           : Dewan As- Syafie SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak
                       
3.         Sehubungan dengan itu mohon jasa baik tuan agar dapat memberi kebenaran dan pelepasan tugas harian kepada pegawai dan pelajar dari sekolah tuan untuk hadir ke pertandingan tersebut. Segala perbelanjaan menyertai pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing. 

4.         Pihak tuan diminta memastikan peraturan keselamatan (SOP) membawa pelajar semasa aktiviti luar sekolah dipatuhi. Pelajar yang mengikuti program ini mesti mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga bagi menyertai program tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Yusmahnizam bin Yusof (Pen. PPD Kokurikulum Akademik)  di talian 013 604 5091 / 05-3711 273. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,




MUAT TURUN

SURAT PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH

Tiada ulasan: